Cahaya..


Aku keseorangan melangkah kaki menyelusuri jalan yang gelap..
Dalam kegelapan aku berjalan mengikut rentak kaki mencari arah pulang..
Kegelapan yang luar biasa hingga bisa membuatkan sesiapa sahaja ketakutan..
Kegelisahan yang bermukim di dada semakin memuncak..
Dimana aku berada..Dimana cahaya yang dulu menyinari hidup aku..Dimana..??
Mata aku celik tidak tertutup..tapi mengapa gelap tiada cahaya seperti aku memejamkan mata..
Aku melangkah lagi untuk mencari cahaya..walaupun hanya sedikit cuma…agar bisa menyinari hidup aku kembali agar dapat mencari jalan pulang..
Puas aku melangkah..mungkin sudah hampir selautan atau juga hampir separuh muka bumi tapi tetap tidak dapat aku temui walau sezarah cahaya…
Gelap gelita..
Setiap kali aku melangkahkan kaki tetap jua aku rebah..senantiasa rebah, jatuh tersungkur ke bumi..
Aku terkulai dan lemas dalam kegelapan…kegelapan yang menghimpit jiwa..
Keseorangan dalam kegelapan..aku menggigil ketakutan hingga tangisan tidak lagi mampu aku keluarkan…
Aku menjerit..
Menjerit satu persatu nama insan yang aku sayang, sahabat dan semua yang aku kenali  tapi tiada satu pun yang menyahut..
Mereka tiada disisi tika ini..aku pasrah..
Aku tekad..!
Aku harus bangun bagi mencari jalan pulang..harus..!!
Walau ratusan kali aku perlu jatuh ke bumi..
Aku perlu kuat..
Aku perlu tegas melawan kegelapan yang mengelilingi aku..tegas melawan kegelisahan dan ketakutan yang telah bermusim bermukim di sanubari..
Walau jauh..walau penuh ranjau dan duri yang harus dilalui aku tekad untuk bangkit dan melangkah kembali..bagi mencari sirna yang telah hilang..
Aku perlu mencarinya..
Hampir lelah aku melangkah..
Aku tersadung dan tersungkur sekali lagi..
Hingga mula terbit perasaan putus asa..
Dari kejauhan aku terlihat sesuatu..satu cahaya yang kelam, samar, jauh nun disana..
Perasaan bercampur baur..
Aku cuba untuk bangkit tetapi kaki ini seperti ditarik untuk bangkit..
Terlalu kuat tarikan itu hingga acap kali aku rebah..aku keliru..apa yang harus aku lakukan..mungkin ini sahaja kesempatan yang diberi kepada aku untuk pergi kepada cahaya itu..mungkin selepas ini tiada lagi cahaya itu wujud untuk membantu aku pulang..
Jadi aku harus lawan..!!
Kerana aku yakin aku mampu pulang..
Dengan kekuatan yang ada aku cuba sekali lagi untuk menarik kaki supaya bangkit..dan akhirnya aku berjaya berdiri..melangkah ke arah cahaya itu walau ianya masih lagi jauh didepan..
Semakin dekat langkahku, cahaya itu semakin menerang..
Semakin aku melajukan langkah kaki ini, seperti cahaya itu juga laju menuju ke arah aku untuk menerangi jalan-jalan yang selama ini kulalui dalam kegelapan..
Akhirnya aku sampai jua disini, dimana cahaya itu telah pun menerangi perjalanan aku untuk membantu aku mencari jalan pulang..
Walau masih keseorangan aku akan tetap cuba memanggil satu persatu nama orang yang aku sayang, sahabat dan sesiapa sahaja yang aku kenali atau tidak ku kenali sepanjang perjalanan, untuk bersama-sama mencari jalan pulang..

Kerna cahaya itu sentiasa akan menerangi aku…


Comments

  1. kita sentiasa melupakan dia sedangkan dia sentiasa bersama kita..ketika senang kita melupakan dia tetapi setiap kali waktu susah dia sahaja yang ada bersama kita..nanti ketika senang kembali jangan sekali-kali melupakannya kembali..

    ReplyDelete
  2. salam peti buruk..
    terima kasih atas nasihat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts