Bakat lama..
Salam..
Lama tak update cite dalam blog nie..banyak sangat masalah yang datang menimpa so takde kesempatan nak menulis dalam nie..hermm ok malas nak cite pasal masalah2 yang timbul tu..sekarang nak cite pasal bakat lama yang da ditinggalkan..
PUISI..
aku sangat suka pada puisi..tak kisah dalam bentuk apa sekalipun..dari kecil aku membaca puisi2 yang ditulis oleh abang aku..serius aku cakap, aku betul2 jeles dengan dia..sebab apa?? sebab dia boleh menulis puisi dan melukis sedangkan aku tak..dari kecil aku cuba untuk jadi macam dia..aku belajar seni melukis tapi haram..aku lukis tak cantik langsung..totally failed..urgghhhh i hate it..so aku memang putus asa nak melukis..kalau takat melukis untuk kelas seni tu boleh la..lepaslah B+...still tak boleh tanding dengan dia..tapi aku kesian dengan abang aku tu sebab mak aku tak bagi dia sambung study dalam bidang seni lukis..mak aku kata nak keje apa nanti kalau belajar mende tu..so dia sambung belajar mende lain..
ok..sampai lah aku tingkatan 4 aku start berjinak dengan penulisan puisi..itu pun tiba2 sebab ada pertandingan menulis puisi bagi bulan kemerdekaan..so aku cuba tulis puisi ( kiranya puisi pertama aku )..dan puisi tu aku hantar tanpa pengetahuan kengkawan aku..yer lah kalau tak menang takde lah aku malu sangat kan..ermmm kiranya nie cubaan aku samada aku ade bakat atau tak macam abang aku tu..(owh yer takde siapa pun yang tahu aku admire bakat abang aku yer..hahaha still be a secret)...akhirnya..minggu pengumuman pemenang...nama aku diumumkan menang tempat ke-2 bagi pertandingan mencipta puisi...yahooooo horeeeyyyyy..i got it..seriously tak sangka kot..rupanya aku ada bakat menulis puisi macam abang aku..hahahah..dapat jugak aku curik talent dia tu..
walaupun hanya menang tempat kedua aku da bersyukur sangat2..sebab itu dah membuktikan yang aku juga mampu menulis macam abang aku..tak boleh melukis takpe lah..yang pasti aku boleh menulis puisi seperti dia..hehehehe suka siot..lepas tu aku banyak hantar puisi2 aku bila ada pertandingan reka puisi atau yang seangkatan dengannya..keputusan memang tak menghampakan.tapi tu dulu..habis tingkatan 5 aku tinggalkan bidang penulisan puisi nie..aku sendiri tak tahu kenapa..soul untuk menulis tu dah menghilang..entah kenapa..
dan selepas 5 tahun aku tinggalkan bidang penulisan nie..rindu menulis puisi tiba2 menggamit kalbu aku semula..
hermmm...malas nak tulis panjang2..
so dipersembahkan
puisi pertama sang amatur..
MONOLOG
ANAK MERDEKA
Hari ini..
Aku berdiri disini
Di bumi permai ini
Dengan senyum yang
melebar
Dengan bangga yang gah
dihati..
Semalam dan sejarah
silam
Merakam peristiwa
semalam
Bumi tercinta dijajah
orang
Maruah bangsa jadi
taruhan
Kerana cintakan tanah
air
Kerana kasihkan bangsa
Telah mengatasi
segalanya
Jiwa dan raga jadi
sandaran
Nyawa dan badan dikerah
tanpa segan
Hinggakan merdeka bumi
ini
Hingga tertebus maruah
bangsa ini
Merdeka !
Hari ini..
Aku merenung kembali
Kisah silam dan kisah
hari ini
Seperti akan berulang
kembali
Cuma lain gaya dan tari
Hari ini..
Aku membina diri dan
bangsa
Menjadi teguh penuh
bangga
Membenteng bumi bertuah
Dari dicemar noda
Malaysia gemilang..
Kerna sejarahmu
Aku ingin menjadi
berguna
Membawa namamu ke mercu
selayaknya
Menjaga maruah agama,
bangsa dan tanah air
Umpama nyawa di badan
sendiri
Di bumi tercinta
Di sisi pemimpin
berjiwa teguh
Ini janji ku..
Ini ikrar yang
terpatri…
p/s: sekarang aku dalam proses mencari 'soul' untuk aku menulis puisi yang dah 5 tahun menghilang..moga aku dapat mencarinya semula..
adios..amigos..aku berambus..
Comments
Post a Comment