RABIATUL ADAWIYAH


                  -RABI’AH ADAWIYAH-

“ wahai manusia, seandainya kamu beribadah pada ALLAH dan mengharapkan syurga. Maka, biarkan syurga itu ku bakar dengan api ini! Dan, apabila kamu menjauhi maksiat oleh sebab takut akan neraka. Maka, biarkan neraka itu kusiram dengan sebaldi air yang ada di  tangan kiriku..! ”

          PUISI KATA-KATA RABI’AH ADAWIYAH

Ya tuhanku!
Tenggelamkan aku dalam mencintai-MU
Sehingga tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku dari-MU
Kekasihku tidak menyamai kekasih lain biar bagaimana pun
Tiada selain Dia dalam hatikumempunyai tempat mana pun
Kekasihku ghaib daripada penglihatan dan peribadiku sekali pun
Akan tetapi, Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun
Aku mencintai-MU….
Oh, Tuhan tercinta….
Dengan cinta yang penuh kesenangan
Kerana Engkaulah yang layak untuk dicintai
Adapun cinta hawa
Maka aku sibuk mengingati-MU daripada yang lain
Kuharap Kau bukan tabir untukku
Sehingga aku dapat memandang-MU
Maka ujian yang ini dan itu bukan untukku
Melainkan hanya untuk-Mu.

…………………………………………………………………………………………………….

sesungguhnya, antara orang yang mencintai dan dicintai tidak ada jarak. Cinta adalah kata-kata mengenai kerinduan dan menerangkan perasaan. Sesiapa yang merasakan cinta, bermakna telah mengenalinya, sesiapa yang menerangkan sesuatu, padahal ia sendiri ghaib dari sisi-Nya dengan kewujudan dan kehadiran-Nya, maka ia bijak, dalam sedar dia mabuk untuk member sepenuh perhatian pada-Nya. Dalam bergembira dengan-Nya ia bingung, kehebatan-Nya menjadikan lidah kelu untuk menyebutkan. Kehairanan menjadikan akal buntu untuk mengakui, kebingungan menjadikan hati terhenti untuk menyatakan. Di sana, hanya kebingungan yang abadi, hati yang lemah dan rahsia yang sempurna, sedangkan cinta dengan segala kekuasaannya merupakan penentu dalam hati. ”

SYAIR CINTA RABI’AH ADAWIYAH

Gelasku, anggurku dan teman minumku ada tiga
Dan, aku yang dirundung cinta adalah yang keempat
Gelas kegembiraan, kenikmatan mengelilinginya
Tiba-tiba orang yang diajak minum di telaga mengikutinya

Bila aku memandang
Tiada kulihat kecuali milik-Nya
Wahai orang yang mencelaku
Aku mencintai keindahan-Nya
Demi Allah, telingaku bukan untuk mendengar celaanmu
Berapa kali aku terbakar dan harapanku sia-sia
Yang mengalirkan air mataku
Kesedihanku tiada meningkat

Hubunganku tiada tersisa dan mataku yang terluka tidak tidur.


Comments

Popular Posts