Cahaya..
Aku keseorangan melangkah
kaki menyelusuri jalan yang gelap..
Dalam kegelapan aku berjalan
mengikut rentak kaki mencari arah pulang..
Kegelapan yang luar
biasa hingga bisa membuatkan sesiapa sahaja ketakutan..
Kegelisahan yang
bermukim di dada semakin memuncak..
Dimana aku
berada..Dimana cahaya yang dulu menyinari hidup aku..Dimana..??
Mata aku celik tidak
tertutup..tapi mengapa gelap tiada cahaya seperti aku memejamkan mata..
Aku melangkah lagi
untuk mencari cahaya..walaupun hanya sedikit cuma…agar bisa menyinari hidup aku
kembali agar dapat mencari jalan pulang..
Puas aku
melangkah..mungkin sudah hampir selautan atau juga hampir separuh muka bumi
tapi tetap tidak dapat aku temui walau sezarah cahaya…
Gelap gelita..
Setiap kali aku
melangkahkan kaki tetap jua aku rebah..senantiasa rebah, jatuh tersungkur ke
bumi..
Aku terkulai dan lemas
dalam kegelapan…kegelapan yang menghimpit jiwa..
Keseorangan dalam
kegelapan..aku menggigil ketakutan hingga tangisan tidak lagi mampu aku
keluarkan…
Aku menjerit..
Menjerit satu persatu
nama insan yang aku sayang, sahabat dan semua yang aku kenali tapi tiada satu pun yang menyahut..
Mereka tiada disisi
tika ini..aku pasrah..
Aku tekad..!
Aku harus bangun bagi
mencari jalan pulang..harus..!!
Walau ratusan kali aku
perlu jatuh ke bumi..
Aku perlu kuat..
Aku perlu tegas melawan
kegelapan yang mengelilingi aku..tegas melawan kegelisahan dan ketakutan yang
telah bermusim bermukim di sanubari..
Walau jauh..walau penuh
ranjau dan duri yang harus dilalui aku tekad untuk bangkit dan melangkah
kembali..bagi mencari sirna yang telah hilang..
Aku perlu mencarinya..
Hampir lelah aku melangkah..
Aku tersadung dan
tersungkur sekali lagi..
Hingga mula terbit
perasaan putus asa..
Dari kejauhan aku
terlihat sesuatu..satu cahaya yang kelam, samar, jauh nun disana..
Perasaan bercampur
baur..
Aku cuba untuk bangkit
tetapi kaki ini seperti ditarik untuk bangkit..
Terlalu kuat tarikan
itu hingga acap kali aku rebah..aku keliru..apa yang harus aku lakukan..mungkin
ini sahaja kesempatan yang diberi kepada aku untuk pergi kepada cahaya
itu..mungkin selepas ini tiada lagi cahaya itu wujud untuk membantu aku
pulang..
Jadi aku harus
lawan..!!
Kerana aku yakin aku
mampu pulang..
Dengan kekuatan yang
ada aku cuba sekali lagi untuk menarik kaki supaya bangkit..dan akhirnya aku
berjaya berdiri..melangkah ke arah cahaya itu walau ianya masih lagi jauh
didepan..
Semakin dekat
langkahku, cahaya itu semakin menerang..
Semakin aku melajukan
langkah kaki ini, seperti cahaya itu juga laju menuju ke arah aku untuk
menerangi jalan-jalan yang selama ini kulalui dalam kegelapan..
Akhirnya aku sampai jua
disini, dimana cahaya itu telah pun menerangi perjalanan aku untuk membantu aku
mencari jalan pulang..
Walau masih keseorangan
aku akan tetap cuba memanggil satu persatu nama orang yang aku sayang, sahabat
dan sesiapa sahaja yang aku kenali atau tidak ku kenali sepanjang perjalanan,
untuk bersama-sama mencari jalan pulang..
Kerna cahaya itu
sentiasa akan menerangi aku…
kita sentiasa melupakan dia sedangkan dia sentiasa bersama kita..ketika senang kita melupakan dia tetapi setiap kali waktu susah dia sahaja yang ada bersama kita..nanti ketika senang kembali jangan sekali-kali melupakannya kembali..
ReplyDeletesalam peti buruk..
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat..