Tanggungjawab Anak Sulung....


Salam semua..bertemu lagi kita yer..

Kamu..kamu..kamu dan kamu semua pernah tak dengar lagu HANYUT by NASTIA BAND??  Ok mari tengok lirik lagu ni…

Terdetik hati ini
Mencari bayangmu
Dalam ingatan..
Sejenak ku terfikir
Ku pergi menjauh
Dari pelukanmu..
Katakan padaku
Luahkan padaku
Duakan rasa hati
Leburkan dinding sepi
Jelaskan maksud hati..
Yang tinggal hanya bulan
Namun tak secerah
Cahaya sinaranmu
Ibu..
Yang tinggal hanya aku
Berlari semula..
Hakikatnya aku..
Aku perlukanmu
Ibu, aku cintakanmu
Ibu..ibu..
Aku perlukanmu..
Aku rindukanmu..

………………………………………..

Aku sebenarnya tak pasti nastia band ni grup dari malaysia,indonesia atau singapura tapi apa yang aku pasti lagu-lagu grup ni memang best giler..seperti puisi yang telah dilagukan..banyak lagi lagu grup ni antaranya PASTEL..lagu ni pun best didengar..malas nak cite banyak so korang cari jer lah kalau nak tahu..
Sebenarnya entry aku kali ni nak citer pasal tanggungjawab..tanggungjawab abang aku sebagai abang yang sulung..tanggungjawab dia ke atas mak aku dan jugak tanggungjawab dia pada adik-adik dia yang kat bawah ni..adik beradik aku ramai yang mana semuanya 10 orang..4 perempuan dan 6 lelaki..6 lelaki ok!!...dan aku anak yang ke-7.

Aku sebenarnya nak cakap lebih-lebih aku ni sape jer lah..Cuma adik perempuan bongsu dalam keluarga..dan aku ni jugak dianggap seperti halimunan..kadang nampak kadang tak nampak..kira macam aku ni lebih kepada orang gaji dalam rumah..diperlukan untuk membantu menguruskan rumah tapi tidak dalam memberi pendapat..setiap pendapat atau kata-kata yang aku keluarkan seperti tak membawa erti pada family aku sendiri..dan aku seperti tidak mempunyai hak untuk berkata-kata hanya perlu patuh pada setiap kata-kata..( abang dan kakak aku macam HITLER dah pun )…patuh pada semua arahan dan pendapat orang yang lebih tua walau ada arahan dan pendapat itu tidak seharusnya aku patuh..kerana mereka itu lebih tua ( dah makan garam lebih dari aku kononnyer) jadi semua tindakan mereka adalah betul sedangkan sebenarnya tak betul..aku selalu terfikir..apakah aku ini terlalu bodoh untuk berfikir untuk beri pendapat. ( klau ikut pada taraf result exam aku dari upsr sampai stpm bermula dari aku result semua bagus2 sampai lah adik aku yang bongsu..abang ngan kakak aku biasa jer..up diri sikit huhuuu )..atau aku terlalu mengikut rasa cemburu aku atas kelebihan anak sulung atau lebih tepat anak lelaki..



Mula-mula aku minta maaf kalau entry aku ni merapu sikit yer..almaklumlah, result BM masa spm dapat B jer..masa stpm plak dapat B-..so paham-paham jer lah yerkk..ok kita sambung balik citer pasal tajuk entry ni..ok kebelakangan ni aku mula tertanya tentang tanggungjawab abang aku pada mak dan kami adik-adik terutama kami adik-adik yang masih lagi belajar ( tinggal 4 orang termasuk aku)…aku tak pasti kenapa perkara ni menganggu fikiran aku kebelakangan ni..mungkin lepas aku tengok kekasaran kakak ipar aku yang sulung pada mak aku masa balik banjir baru ni..mula dari situ tiba-tiba aku terfikir pasal tanggungjawab abang pada kami. Kalau diikutkan mungkin itu pertama kali aku nampak sikap yang mana bagi aku agak kurang sopan sedikit kakak ipar aku buat pada mak tapi entah..aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku waktu yang pasti aku betul-betul terasa, mak aku tak tahu lah pulak..

Sekarang baru aku terfikir yang abang tak menjalankan tanggungjawab dia pada keluarga ni. Dari setiap segi tanggungjawab jika diteliti sememangnya abang seorang yang bertanggungjawab pada keluarga dia. Dia sekarang ada 4 orang anak..setiap anak-anak dan isteri diberi keutamaan lebih. Abang sediakan segala kelengkapan pada keluaraganya dan sebab itu aku setuju yang abang seorang yang bertanggungjawab tapi hanya pada keluarga dia tetapi tidak bertanggungjwab kepada kami!! Kalau aku cakap macam ni dekat mak aku kompom dapat penampar..heheheh..mak aku pantang sikit kalau kami anak perempuan ni kutuk anak-anak lelaki dia. Satu hal yang paling aku sakit hati bila mana mak sentiasa melebihkan anak lelaki..salah dorang mak tutup sebelah mata. Takkan dimarah tapi kalau anak perempuan, salah sikit jer sampai bulan depan tak habis membebel sedangkan kami anak perempuan ni yang banyak berkorban samada mas,duit dan sebagainya untuk mak..aku bukan mahu mengungkit tapi ini kenyataan yang pahit untuk aku keluarkan..terutama aku..seperti dianaktirikan! Salah anak lelaki, aku yang perlu hadap amarah mak aku..memang tak adil!! Tapi aku jenis yang menurut jer..aku tak menjawab..aku cuma bagi telinga aku untuk kene marah ( walau memang bukan salah aku)..lepas mak aku habis marah, aku masuk bilik paling koman pun aku menangis sorang diri sampai tertidur dan esok bangun mata bengkak..kalau anak lelaki, mak aku tak marah just tegur lembut itu pun anak2 lelaki kesayangan dia menjawab balik..aku lebih memilih untuk diam sebab aku terlalu takut buat mak aku terasa walau terkadang ada perbuatan aku yang mungkin buat mak aku terasa..tapi rasanya aku masih belum sampai ke tahap buat mak aku menangis macam mana abang dan kakak aku serta adik kembar aku buat..

Pasal abang sulung aku tu, bagi aku dia melebihkan bini dia dari mak. Serius kalau dia tak ambil tahu pasal tanggungjawab dia pada kami si adik2 nie takpe lagi tapi macam mana tanggungjawab dia pada mak. Apa yang aku tahu, sebagai anak sulung abang sememangnya bertanggungjawab pada mak selain kami yang lain. Sebelum tu aku nak tekankan yang tanggungjawab pada ibu dan bapa bukan hanya terletak pada anak sulung saja, atau pada anak lelaki tapi jugak pada anak perempuan walau selepas berkahwin anak perempuan perlu taat pada si suami tapi tanggungjawab pada ibu bapa tetap perlu dijalankan..ibu dan bapa adalah tangungjawab semua anak-anak ok!!..

Apa yang paling ketara sekali yang aku nampak, abang tak tolong mak dalam pembelajaran kami adik beradik..( masa abang sham aku belajar, pinjam duit abang aku yang sulung..sampai sekarang bini dia duk mengungkit bila nak bayar..yang dulu tak bayar nak bagi lagi..itu lah yang aku dengar) mungkin bagi dia itu bukan tugas dia tapi tugas mak..ok takpe kalau dia fikir macam tu sebab memang selama ni kami belajar mak yang tanggung..nak duit mak akan usahakan. Abang tahu yang mak penat bekerja untuk sara kami adik-adik tapi abang tak pernah tolong. Yang tolong bagi duit untuk pelajaran kami adalah kakak aku..kakna..kakna dah kahwin, dia kakak yang aku paling benci dan kakak yang aku paling sayang..( ini kakak aku yang dalam entry sebelum ni..)..mak aku selalu jugak tak puas hati dengan kakna aku,selalu sangat mak aku komplen pasal kakna aku ni..aku hanya senyap, cuma mendengar..aku selalu berikir, mak aku ni tak tahu atau buat-buat tak tau yang selama ni kakna lah yang meringankan beban dia walau kadang2 kakna selalu jugak kena tegur di suami dia sebab terlalu membebankan diri sendiri bantu adik2 tak lupa juga abang dia..entah aku pun pelik dengan mak aku ni..kakna yang banyak bantu kami bila kami perlukan duit bila mak aku takde duit..kakna yang selalu tolong bagi duit beli buku rujukan, beli itu beli ini..nak kene bayar itu, bayar ini..kakna aku juga yang perlu kesana kemari bantu kami adik2 bila ada masalah..dia selalu ada untuk kami..sampai aku rasakan dia anak sulung dan semua tanggungjawab diserahkan pada dia sedangkan kalau ikut pada status dia yang dah berkahwin, dia tak perlu tanggung semua itu..tapi itu lah kakna..tanpa kakna mungkin kami tak mampu berdiri sendiri..semua orang menafikan tapi bagi aku semua orang sentiasa mengharapkan dia..

Ok balik pada abang aku semula..jarang call mak aku tanya khabar. Mungkin dia sibuk dengan kerja dia dekat selangor kot. Lantaklah.. setiap kali dia dan family dia balik kuantan aku tengok berlambak barang kemas bini dengan anak perempuan dia pakai..wauu banyak duit, tapi tak beli satu pun untuk mak..itu yang aku selalu fikir tiap kali balik..sebab setiap kali balik sentiasa ada yang baru kelihatan..hermmm bukan kata kemaruk kat barang kemas tu tapi tak terlintas ke dekat hati dan pikiran abang untuk beli dekat mak waima hanya satu jer..memang kalau ikutkan mak boleh beli sendiri tapi entahh..malas nak pikir lelebih..aku nie suke pikir baik jer..mungkin abang lupa, mungkin abang rasa tak perlu..mungkin..mungkin..mungkinnnn…….
Abang selalu jugak hulur duit kat mak aku..cukup hujung tahun abang akan bagi duit kat mak..entah berapa ratus..yer cukup untuk mak, setahun 3-5 ratus setahun..tapi bagi aku tak cukup..bagi aku..mungkin hanya aku yang berfikir begitu..mungkinnnnn…..

Aku tahu bagi mak duit tak pernah penting..anak2 dia tak bagi duit pun takpe dia masih mampu cari duit sendiri..dia Cuma mahukan perhatian saja..abang tak pernah bawak mak bercuti..kakna jer yang bawak..family abang sana sini bercuti..pantang cuti sekolah..mak duk rumah jer, kalau kakna atau kak ila ajak pergi mana2 baru lah mak aku keluar..( anak perempuan jugak)..erkk lupa yang abnag sham aku pun kalau balik selalu bawak mak aku jalan2..sebab itu bila aku kerja nanti aku nak beli kereta bawak mak aku pergi bercuti..aku nak bahagiakan mak aku..sampai ada saat aku fikir untuk tak berkahwin demi mak aku..kalau kahwin pun aku akan cari suami yang mampu tolong aku jaga mak aku..

Tanggungjawab anak sulung @ anak lelaki ni sebenarnya berat..sebab meraka perlu bertanggungjawab pada keluarga mereka, ibu bapa mereka dan ibu bapa mertua mereka..terlalu berat mungkin sebab itu abang aku mungkin terlepas pandang tanggungjawab dia pada mak..aku sebenarnya nak sambung membebel lagi tapi macam dah terlalu panjang pulak entry kali ni..so aku stop sampai sini dulu naaa…

p/s: jangan sekali-kali menjadi seperti tanggang..jangan sekali-kali lupa akan tanggungjawab kita pada kedua orang tua ok..jaga orang tua kita sebaik mungkin yepp..owh yer lupa pulak..kamu,kamu dan kamu semua mesti tertanya kenapa takde sikit pun aku sentuh pasal ayah aku kat atas tadi..sebenarnya bukan tak nak sebut cuma ayah aku tu tak duduk sekali dengan kami sekeluarga..nanti la kalau ada masa aku buat enrty pasal ayah pulak yepp..



ok..adioss…

Comments

Popular Posts