Ular Hijau..
Salam
semua..berjumpa lagi kita di sini. Hari nie Tin Kemek bosan gila, tak tahu apa
nak buat. Anak sedara yang baby tidur, anak sedara yang lain pulak duduk main
dekat luar so tinggal lah Tin Kemek sorang diri kebosanan dalam rumah nie. Nak pergi
tolong cakar rumput yang anak sedara paling tua mesin rasa malas pulak. Nak
tengok tv takde citer, astro kakak tak bayar lagi so tak boleh bukak…kalau
ikutkan nak update blog pun malas jugak tapi tiba2 terpikir nak kongsi citer
pasal ular..huhh walaupun malas nak menaip hehehe..( hari nie memang angin monsoon
malas menyerang aku agaknyer.)
Ok
nak dijadikan citer…
Aku
nie kalau diikutkan bukan lah tergolong dalam spesis yang takutkan ular..bukan
tak takutkan ular..of coz lah aku takut. (giler kau tak takut ular)..aku still
boleh tengok ular secara live ( pertunjukan ) atau dalam tv ( dokumentari, movie,
etc..)..kalau mak aku, walau takde depan mata pun, baru sebut ULAR terus dia
jadi seriau..belum cerita lg..tengok live apatah lagi..selalu lah jugak kalau
mak aku tengah belek2 surat khabar tetiba dengar dia menjerit itu kompom ada
gambar ular dalam tu..kalau tengok tv, mak aku dah melatah kalau ada ular dalam
tv tu..menjerit2 sampai..mulanya aku selalu jugak lah usik mak aku ngan ular
(dalam tv, paper or apa2 jer )..tapi lately nie dah kurang sebab aku pun dah
makin seriau ngan ular..semuanyer sebab ada satu insiden sebelum puasa dalam
6-7 bulan sebelum nie lah kiranya..
Aku
pernah cakap pada entry yang awal2 dulu kan..yang aku nie memang suka
tido..tido tu dah jadi hobby aku..senang cakap aktiviti wajib aku terutama
sekarang nie time aku cuti..( tak kerja, tak jugak belajar just duduk
rumah..)..ok ada lah satu hari tu aku tido memang tak ingat dunia punyerlebih
kurang jam 12 tengah hari tu aku baru bangun tido tapi disebabkan hari tu hari
sabtu dan kakna cuti so aku tak perlu nak masak makan tengah hari sebab dia
ada..danaku pulak kalau bangun bukan terus bangun, aku landing2 dulu atas katil
( sambil pejam mata dan berangan nak kahwin dengan anak raja..huhuhuuu )..tengah
syok aku duk layan perasaan tu, anak sedara aku masuk bilik( nak kejut aku ler
sebab kakna membebel dah dekat jam 2 petang aku tak bangun2 lagi ( dia tak tau
yang aku nie dah bangun awal lagi..awal tak awal lah kan..) masa dia kejutkan
tu aku just jawab camni..
Arif
: maklang, acikna suruh bangun, doh kul 2 doh nie.
Aku
: hurmmmm..bangun la nie..( dalam baring dan mata masih terpejam )
Time
tu aku dengar macam arif (anak sedara aku ) nak kuar bilik tapi dia dating balik
kat aku
Arif
: maklang ulor maklang..bangun2..dekat tingkap tu
Aku
: hahhh…mana2.
Aku
melilau cari ke ular tu kat tingkap dan nampak ler ular ( ular warna hijau ) tu
dah masuk dalam bilik naik atas almari baju..anak sedara aku keluar bilik pergi
panggil abang ipar aku..aku pulak tak tau nak buat apa..aku just duduk bersila
atas katil sambil tengok atas almari..abang ipar dengan arif masuk bilik dia Tanya
mana ular tu aku kata ada atas almari baju ( time tu dia bawak sekali dengan
kayu )..abang ipar aku cek atas almari ular tu dah bergerak ke rak2 kain pastu
ular tu pusing naik semula atas almari baju semula..masa nie aku ngan arif
tengah duduk atas katil ( nak keluar bilik tak boleh sebab ular tu duduk atas
rak kain tepi pintu )..masa tu jugak anak sedara aku si nisha yang umur 3 tahun
tu masuk jugak nak tengok..dia duduk kat belakang abah dia tu ( abang ipar aku
tapi dia tak sedar pun anak dia ada belakang dia )..abang ipar aku tengah
ketuk2 kat almari entah camner ular tu terbang dari almari jatuh atas lantai
betul2 kat kaki nisha..menjerit budak tu terlompat2 mengelak ke ular tu..kami
dah menjerit dalam bilik..abang ipar aku pulak duk kelibut nak tangkap ular tu
yang duk nak cuba belit kaki nisha( tapi tak belit pun )..kakna pulak dah
terjerit2 dari luar bilik, membebel bagai sebab anak dia masuk bilik tu
jugak..ular tu pulak gerak masuk bawah rak baju ( menyorok kot ) dan waktu tu
aku heret nisha kuar bilik termasuk arif keluar sekali ( arif darjah 5 and
tahun depan amik upsr )..lebih kurang 15 minit lepas tu abang ipar aku keluar
bawak ular tu..siap usik bawak kat aku lagi..aku apa lagi menjerit sakan
lah..kakna pulak dah membebel..nasib baik anak sedara aku masuk bilik kejutkan
aku kalau tak, mau tidur aku kena belit ngan ular..( nauzubillah )..
Petang
tu mak aku balik dari kerja, si arif citer pasal ular masuk bilik..start malam
tu mak aku tak tidur dalam bilik..dia tidur kat atas kerusi atas umah ( lebih
kurang sebulan lebih jugak )..aku pulak still jer tido dalam bilik tu walaupun perasaan
takut tu ada..aku still tido bilik tu atas sebab keyakinan aku yang ALLAH akan
jaga aku..( owh yer..aku nie memang tido dengan mak aku…J jangan jeles naa..)…
Sebab
insiden tu jugak lah aku sekarang nie dah start seriau dengan ular..terutama
kalau tengok tv..tengok ular tu bergerak2..eeeeeeeiiiiii…geli aku..hari sabtu
baru nie aku tengok citer HARRY POTTER : THE DEATHLY HALLOWS PART 2…entah
berapa kali aku tengok pun aku sendiri tak tahu..dulu aku ada citer harry
potter dari yang pertama sampai last episode dia tapi disebabkan lappy aku buat
hal dan kena masuk klinik so semua mende dalam lappy aku kena buang..sayang
tapi takpe lah..mak redho nyah…L..balik pada
citer tu..kan dalam citer tu salah satu hocrux yang perlu harry and the gang
hapuskan tu si ular yang selalu dengan voldermort ( aku lupa pulak nama ular
tu..gemini ker apa ntah )..setiap kali ada scene ular keluar memang aku seriau
giler2..dalam seriau, gelid an takut tu aku pakat tengok jugak..aku peduli
apa..paling aku geli time scene ular tu nak patuk harry waktu kat tangga Hogwarts..waktu
tu aku duk terbayang yang nak kena patuk tu aku bukan si potter tu..aisehhmennn…tiap2
malam time nak tido pun aku terbayang2 dan teras2 yang ular tu duduk belit2
kaki aku…perasaan aku jer padahalnya…
Ok
lah..dah panjang sangat so aku blah dulu naaa…nak sembahyang maghrib
dulu..nanti aku sambung pasal entry2 lain yang terpacul dalam minda aku…
Adios..
Comments
Post a Comment