Hadapi Dengan Senyuman..
Sang pemimpi
terus berlari mencari erti yang dinanti
kerana indah jauh disana
seakan itu takkan terulang
biar cahaya terang
menyinari ruang mimpi
tersenyumlah dalam langkah
bukakan hati demi mimpi
jangan pernah rasa lelah
mengejar mimpi yang kita nanti
tetaplah berdiri
bertahan lelah
berdiam gerak
menghadapi rona kehidupan
karana indah jauh di sana
seakan itu tidak terulang
biar cahaya terang
menyinari ruang mimpi
dan senyumlah dalam langkah
mengejar mimpi dan tetaplah berdiri..
tetaplah berdiri by Nineball (ost sang pemimpi)
Salam semua..lama tak menulis entry dalam blog ni..apa boleh buat, laptop aku rosak. baru ambil dari bengkel ni hah. itu yang xcited blogging semula..
Lagu yang kat atas tu lagu yang aku jadikan semangat untuk aku berjalan semula seperti sebelum ni..lagu tu adalah lagu yang membuat aku sedar bahawa apa yang aku hadapi sekarang hanya satu ujian untuk aku mengenal erti hidup..mungkin ianya satu perkara biasa bagi sesetengah orang tapi bukan aku..
Macam yang korang tahu (atau tak tahu) aku kan belajar kat salah satu U kat shah alam ni.. sebenarnya dah 2 semester aku tangguh sebab tak mampu nak bayar yuran..duit ptptn tak masuk sebab result teruk giler..banyak subjek yang aku fail dan aku tak boleh salahkan sesiapa kecuali diri aku sendiri..aku yang malas belajar..mungkin sebab aku terlalu selesa dengan result semester sebelum nie..selalu dapat 3 pointer dari sem satu sampai sem tiga..tapi lepas masuk sem 4/5 aku da start malas belajar..malas masuk kelas sebab terlalu busy dengan persatuan2 kat kampus..orang lain boleh bagi waktu untuk belajar dan persatuan tapi aku pulak terlebih bagi waktu kat persatuan sampai malas nak belajar..letih dengan persatuan sampai nak masuk kelas pun malas, asignment buat sambil lewa jer..so result aku merudum sampai ke tahap tak lepas 2 pointer langsung..alamatnya duit ptptn tak masuk..so padan dengan muka aku..belajar main-main lagi..
Jadi sekarang aku dah tangguh dua semester..kawan2 aku yang lain syok belajar dan aku pulak duk umah menambah lemak .. nak keje mak aku tak kasi, suruh tolong die masak kat rumah selain tu aku jaga anak2 sedare aku jd kira bolehlah buat hilang bosan..tapi serius aku rindu giler kat kawan2 kampus, kat persatuan2 yang aku selalu join, rindu nak handle aktiviti persatuan dan yang paling aku rindu nak buat asignment dan presentation..hahahah tak boleh blah rindu nak buat asignment dengan presentation..masa aku bagitahu member2 pun dorang pakat gelak..huhuuu..
Masalah yang aku sendiri cari..apa boleh buat..family memang boleh tolong kalau nak sambung jer semester yang dulu tak payah nak tangguh tapi aku pilih untuk tangguh buat sementara waktu untuk cari feel nak belajar balik..aku perlukan 'soul' belajar tu semula..sebab aku dah malas nak belajar..nak kerje abang aku boleh tolong lagipun aku sibuk pikir nak pegang duit ( itu yang bermain dalam fikiran aku).. tapi sekarang rindu untuk belajar betul2 menggamit aku..mencengkam sanubari aku hingga membuat aku sebak merindui saat-saat belajar..seriosly!! ( aku menaip sambil dengar lagu melukis bayangmu by Adera penyanyi indonesia atau singapore..aku pun tak tahu yang pasti bukan adira AF tu yep)...
Sekarang lepas dah fikir habis, aku buat keputusan untuk sambung balik pelajaran yang aku tangguh tu..mungkin aku lewat habis tapi itu bukan satu masalah bagi aku..aku masuk balik belajar semester depan awal bulan satu nanti..dan kali ni aku melangkah dengan penuh tekad untuk memperbaiki semula pelajaran aku seperti awal..aku mahu buktikan pada semua yang aku boleh perbaiki apa yang telah aku lakukan dulu..waktu aku tangguh dulu ramai rakan2 yang kata aku akan rugi masa dan tak dapat grad sama2..dan banyak juga kata-kata hinaan dan makian yang aku terima tapi aku tetap aku..memang aku tak ambik 'port' pun dengan ape orang nak kata..berape ribu atau juta kata hinaan yang dorang nak keluarkan lantaklah..aku pilih jalan ni sebab aku tahu itu jalan terbaik untuk aku pilih waktu tu..dan kali ni aku akan buktikan pada mereka yang aku mampu bangkit dari kegagalan yang aku lalui tu..itu tekad aku sekarang..semakin tidak sabar untuk aku sambung belajar semula..
Aku tahu ini adalah satu ujian buat aku dari Allah..untuk aku menjadi lebih kuat dari sebelum ini..untuk aku belajar jatuh dan bangun dalam kehidupan..dan apa yang aku hadapi ini hanyalah ujian kecil sahaja benbanding orang lain..aku tahu yang Allah sedang menguji aku tika ini..dan aku yakin aku mampu lalui ujian ini sebelum aku bakal mengharungi ujian-ujian yang lebih getir lagi selepas ini..one step closer!! aku mampu lakukan!!
Setiap apa yang aku hadapi aku perlu kuat.. jatuh sekali tidak bermakna aku tidak mampu untuk bangkit kembali..jika aku perlu jatuh berkali-kali sebelum aku menggapai mimpi aku rela..kerana aku tahu aku mampu dengan izinNYA..
Seperti lirik lagu ni,
hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi biarkan terjadi
hadapi dengan tenang jiwa semua kan baik-baik saja
.jpg)
Ok..cukup sampai sini je lah aku story morry ngan korang semua..
p/s: takut gagal adalah gagal sejati, hidup itu adalah gerak dan gerak itu adalah maju..berjuang dan naik, jatuh dan naik lagi..kita tak tahu apa yang jadi hari esok sebab itu kita tidak ada tempoh untuk dibuang..ini yang aku pegang sekarang..
ADIOS..AMIGOS..AKU BERAMBUS............
Comments
Post a Comment