Kau dan Aku sedar itu

Hidup yang terlalu memeritkan

Satu kenyataan yang sememangnya perlu diakui sama ada kita mahu atau tidak.
Segalanya memerlukan wang untuk menjalani sebuah kehidupan..
Akhir zaman ini segalanya berpandukan wang..kita menjadi hamba kepada wang..
Kau dan aku sedar tentang itu..yang sentiasa mengejar kehidupan seharian kita..sejak lahir hingga ke liang lahad..
Kau sedar tentang itu..
jadi apa yang harus kau dan aku juangkan..

JUANG??

Apa itu..?
Apa erti 'juang' itu?
yang kerap kita laungkan..

Anak muda seumurku hanyut dengan kata indah 'juang' itu tapi tidak pula pernah menghayati erti 'juang' yang mereka juangkan.
Ya...aku akui itulah semangat yang ada pada anak muda yang berbeza dengan anak muda dulu yang tahu erti kata sebenar tentang 'juang'..

  " AKU BERJUANG DEMI AGAMA, ANAK BANGSA DAN TANAH AIR"

kata-kata yang terikat kemas dalam lubuk hati malahan juga telah berakar umbi dalam diri setiap anak muda terdahulu..tapi kini, kata-kata ini hanya retorik semata dipandangan anak bangsa kini..

Perit..
semakin hari semakin perit untuk menjalani hidup ini..dibumi Malaysia ini..sakit dan penat.
kita semua menjadi hamba kepada wang..hamba politik sampah Malaysia..hamba sosial dan yang pasti kita menjadi hamba pada diri sendiri..!!

Comments

Popular Posts