Maafkan diri ini..

Ku tutup mata ku
dari semua pandangan mataku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengalir lembut
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
andai kan ku bisa lebih adil 
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup
seperti ini
takdir cinta harus begitu
ada kau dan dia
bukan ku yang mahu
oh tuhan tuntunlah hatiku..



Salam kalian semua..hari ni aku sedih sangat..aku dah kecewakan seorang lelaki yang sangat baik. Dia terlalu baik untuk aku kecewakan. Bila dia katakan yang tersangat2 kecewa dengan aku, memang aku tak nafikan yang aku juga kecewa dengan pilihan yang aku buat. Sungguh. 

Aku tak tahu macam mana nak mula dan aku juga tak tahu macam mana nak tulis atau gambarkan perasaan aku sekarang..hari khamis minggu lepas genap usia aku 23 tahun (dah tua kan )..usia aku dah meningkat jadi aku sekarang betul2 nak fokus pada study dan istiqomah untuk berubah lebih baik dari sebelum nie..aku mahu jadi seorang muslimah sejati dan bahagiakan mak aku. untuk tu aku buat keputusan untuk belajar betul2, tak main2 lagi..entry sebelum ni aku ada cerita pasal pelajaran aku kan..jadi kalian mesti tahu yang benar2 maksudkan bila aku kata mahu berubah.. sebab tu masuk semester kali ni aku cuba jauhkan hati aku pada mana2 lelaki yang hadir dalam diri aku..senang cakap aku tak nak fikir pasal cinta. aku nak fokus pada pelajaran dan perubahan diri aku.

Masuk semester ni, J ( lelaki tu ) datang dalam hidup aku..aku kenal dia melalu laman sosial lebih kurang dalam 2 tahun..dalam setahun nie kami mula rapat..serius aku cakap aku memang ada hati pada dia..bila tak chatting aku mesti rindu dekat dia..kadang2 dia hilang tiba2 dan muncul tiba2..huhh macam biskut chipsmore yang anak saudara aku suka makan..Dia insan pertama yang buat aku rindu sedangkan kami tak pernah langsung berjumpa..hanya berhubung dalam laman sosial dan kadang2 sms (fon)..Dia senyap beberapa lama dan buat aku tertunggu2 kehadiran dia..aku ada seorang kawan lelaki ( F )..F ni aku kenal waktu study dekat Unisel ni..lain program tapi kenal melalui persatuan..nak dijadikan cerita masa bulan 9 tahun lepas, aku bagitahu dia pasal J..si F ni pergi lah stalker fb J dan dapat tahu yang J dah ada girlfriend..serius aku sangka dan percaya. esoknya aku bukak fb J, baru aku tahu yang dia rupanya dah couple..cantik perepuan tu..budak penang tak silap aku..F cakap body budak tu mantap ( hahahh hampeh betul mamat ni )..waktu tu aku memang kecewa..aku mengharap pada benda yang belum pasti..aku lupa yang aku cuma kenal dia melalui laman sosial, macam mana aku boleh jatuh cinta pada orang yang aku tak pernah kenal dan jumpa..mula dari situ aku cakap pada diri aku yang aku perlu buang perasaan ni sebelum jadi lebih teruk..aku cuba semampu aku..dan bila aku dah semakin melupakan dia..J muncul semula dan katakan yang dia sukakan aku dan nak hubungan yang lebih serius ( dalam bulan 11 tahun lepas dia muncul semula ) tapi aku langsung tak bagi apa2 jawapan..aku layan dia tak lebih dari seorang kawan..sungguh kalau dulu dia luah perasaan dia pada aku memang aku terima dia..sebab itu yang aku tunggu..tapi sekarang aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri..hati aku jadi tepu untuk dia..mungkin juga sebab aku sekarang dalam proses mendalami agama dan aku mahu menngenal ALLAH..aku mahu memupuk cinta aku pada yang lebih berhak..

Minggu lepas ( hari lahir aku ).. dia tanya tentang hantaran kahwin,,katanya nak kumpul untuk nikah dengan aku nanti..aku blur tapi tetap aku jawab jugak..tapi aku beritahu dia yang aku akan nikah mungkin 10 tahun lagi..bukan dalam masa terdekat..banyak benda yang aku perlu buat..aku taknak jadi macam abang dan kakak aku..lepas grad terus nikah..dan tak bantu mak aku besarkan adik2 yang lain..macam2 aku bagitahu dia tapi dia tetap kata yang dia akan tunggu aku..memang aku terharu..aku benarkan tapi dalam masa yang sama aku beritahu yang aku tak sekat dia, kalau dia jumpa wanita lain yang lebih baik dari aku, yang lebih layak untuk dia aku nak dia terima wanita tu..dia berhak dapat yang lebih baik dari aku..

Hanya dalam semalaman aku ubah fikiran,,( mungkin aku terlalu ikutkan hati )..aku hantar soalan pada dia yang mana akhir kata tu aku katakan yang aku tak mampu untuk terima dia sebab dia dah mengganggu perjalanan cinta yang aku mahu jalinkan dengan yang lebih berhak.. ( aku katakan semua ni pada F. dan F salahkan aku..katanya kenapa nak cinta manusia tu akan ganggu cinta antara aku dengan ALLAH..sungguh sahabat aku yang lain juga kata perkara yang sama..tapi aku susah nak jelaskan..mungkin bagi mereka cinta pada manusia takkan mengganggu cinta pada ALLAH tapi bagi aku ianya benar2 mengganggu..aku mahu cintakan ALLAH dan Rasulullah terlebih dahulu..susah nak cakap..tak ada yang faham ).. mencintai ALLAH dan Rasulullah adalah keutamaan aku sekarang dan aku tak mahu kasih dan syang aku pada J mengganggu perjalanan hidup yang aku pilih sekarang..



Lebih kurang 3 hari aku tunggu jawapan balas dar J dan akhirnya hari ni aku dapat jawapan tu..dan dia betul2 kecewa dengan aku..sungguh aku juga sedih tapi aku betul2 tak mampu untuk terima dia buat masa ni..sememangnya sekarang aku mengharapkan dia memaafkan aku sebab dah kecewakan dia..tapi pilihan yang aku buat ni membuatkan hati aku lebih tenang..sebelum nia aku banyak memikirkan J dan tak lupa juga F hingga mengganggu ibadah aku tapi bila aku unfriend fb dengan F aku jadi tenang ( ada cerita antara aku dan F..nantilah aku ceritakan..) dan lepas apa yang berlaku dengan J, walua aku rasa serba salah tapi hati aku sedikit tenang tanpa kehadiran mereka..sungguh.

Apa yang aku boleh katakan sekarang..aku belum bersedia untuk mencintai manusia lagi..aku mengejar cinta ilahi..cinta awal dan akhir aku..aku insan yang banyak melakukan dosa..pendosa seperti aku sekarang hanya mengharapkan cinta ilahi..soal jodoh aku serahkan pada ALLAH..jika sememangnya sudah tertulis ada jodoh antara aku dan J,,insyaALLAH tak kemana..dan jika tidak..doa aku sentiasa bersama J..semoga dia jumpa wanita yang lebih baik dari aku yang hina ni..aku dah buat jahatpada dia..satu yang aku harapkan moga dia dapat maafkan aku..selama nie aku benci pada orang yang melukakan hati seseorang sebab cinta..tak sangka aku salah seorang yang tergolong dalam golongan yang aku sendiri benci..

p/s : aku tak mampu untuk ungkapkan perasaan sayang aku pada J, dulu mahupun sekarang ni..sungguh aku sayangkan dia..dan aku memilih untuk lepaskan dia..walau terpaksa kecewakan dia..biarlah aku pergi bawa perasaan ni sendiri..Saya sayang awak J..tapi saya tak mampu untuk terima awak sekarang..saya minta maaf sekali lagi. saya tak berniat nak lukakan hati awak..



Comments

Popular Posts