Sahabat
Kau ada dikala ku suka
dikala ku duka
disetiap tangisan dan juga ketawa
kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
pegang erat tanganku dikala ku jatuh
.......................................................
kaulah yg selalu
selalu menemaniku
mendengar kisah pahit manis hidupku
kaulah yg disitu
setia menungguku
kaulah yg satu menjadi sahabatku..
*sahabat : najwa latif*
salam semua..
entri kali ni nak cakap pasal SAHABAT..
kenapa aku pilih untuk bercakap pasal sahabat??
ermmm sebab dalam hidup aku selain keluarga sahabat merupakan perkara terpenting dalam hidup aku..
tanpa sahabat jiwa aku kosong..
macam tak sempurna..
puzzle hidup aku tak lengkap tanpa sahabat..
ramai yg seusia dengan aku selalu berkata yg dorg tak boleh hidup tanpa boyfren or girlfren..( pelik padahal kalau xder oksigen tu baru betol tak bloh hidup)
ade yg sanggup tikam sahabat dari belakang ataupun abaikan sahabat demi bf or gf masing2 walau dah bertahun berkawan..
setiap individu ade pengertian tersendiri tentang makna sahabat..
erti sahabat bagi aku adalah seseorang yg sentiase ade disisi aku saat aku susah atau senang..saling menerima kekurangan dan kelebihan diri masing2..
itu saje..
tak lebih dan tak kurang
hanye itu erti sahabat buat aku.
sejak kecil hingga sekarang
aku ade ramai kenalan @ rakan
lelaki, perempuan, tua atau muda dari aku,,semua ade.
tapi hanye segelintir sahaje yg boleh dipanggil sahabat..
aku rase semua pun mengalami situasi begini kan..
normal situation.
kawan waktu bergembira ramai
tp kawan waktu susah...hanye segelintir atau tiada langsung..
pendapat aku bagus juga kalau kita hadapi waktu2 yang sukar sekali sekala sebab tika ini lah kita akan sedar siapa teman sejati kita yang sebenar..
aku mengenal erti sahabat seusia 16 tahun..
mungkin terlalu lewat bagi sesetengah orang tp pada usia tu lah aku kenal siapa sahabat aku.
pada usia tu lah aku mula belajar yang hidup nie tak sentiase indah.
aku bukan lagi kanak2 yg hidup di alam fantasi lagi.
pada usia 16 tahun itu lah aku sedar akan alam realiti yang aku perlu tempuhi..
pada usia ni aku kenal dua orang individu..
sahabat yang hingga sekarang sentiase ade tika aku senang atau susah.
walau pada mulanyer tak pernah terlintas untuk aku berkawan dengan mereka berdua..mereka antara individu yang paling aku menyampah dalam kelas tapi akhirnya merekalah sahabat sejati aku sekarang..sahabat yang paling aku sayang sepenuh hati aku..yang sentiase ade disamping aku tika susah dan senang aku,,yang terima kelemahan aku seadanyer..
walau sekarang kami berjauhan dan jarang berhubung tapi masing ade untuk diri masing2..syukur aku diketemukan dengan mereka berdua..
walau aku ader sahabat2 baru yg turut sentiasa ade disamping aku tika susah dan senang tetap tak mampu menandingi mereka berdua,,
mereka sahabat sejati yg sebenar bagi aku insya-ALLAH
fadhil hanafi dan ain safura.
fadhil hanafi dan ain safura.
owhhh yer,, aku nak kongsi satu benda..masih berkenaan sahabat..
sahabat facebook..
hampir 2 tahun aku mengenali dua orang sahabat dari facebookers nie..sejujurnya aku tak kenal siapa mereka tapi kami berhubung seperti sudah bertahun2 mengenali diri masing2 di luar..salah seorang dari sabah..aku senang besahabat dengan dia sebab dia sentiasa memberi aku nasihat2 agama,,membawa aku mengenal pencipta aku,,selalu juga bertanye pada dia perihal agama dan dia sentisa menolong dan menjawab setiap persoalan aku dengan sabar..terima kasih sahabatku ALDRIN AL KARIN..
seorang lagi pulak merupakan sahabat dari sahabat baik aku waktu form6 dulu,,abang sepupu kepada adik angkat sahabat baik aku tu jugak.
selalu dengar cerita pasal dia tp tak pernah langsung aku mengenali dia..
aku hanya mengenali dia sebagai sahabat dari dunia facebookers sahaja..
persahabatan antara aku dan dia adalah unik ( bagi aku ok!!)
sebab ape aku cakap unik??
* salam sahabat,,apa khabar? sihat? *
hanya itu yang kami bualkan setiap hari dan setiap kali jika kebetulan masing2 online..
hanya itu!!
sebab itu aku kata persahabatan kami unik..
sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan tp langsung tidak mengenali diri masing2..hhahaahh..
walau apa pun terima kasih sebab sudi menjadi sahabatku SUHAIMI..
P/S: walaupun kat atas aku bagitau sahabat adalah seorang yang sentiasa di sisi aku tika susah atau senang itu hanya erti sahabat sejati..
sebab bg aku walau baru sahaja berkenalan walau hanya beberapa minit orang tu sudah pun
aku anggap sebagai SAHABAT..
jadi pada sahabat2yg baru mengenali aku walaupun tidak mengenali siapa
sebenarnye aku..aku na ucapkan terima kasih sebab sudi menjadi sahabat aku..
ok..adiosss...
Comments
Post a Comment